Brown
dan yule dalam Mohd Rashid Md. Idris (2004) melihat struktur maklumat terdiri
daripada maklumat lama sahaja. Hallidy telah menyatakan bahawa struktur
maklumat ke dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian
daripada organisasi tema wacana. Sato Hirobumi pula mendefinisikan struktur
maklumat sebagai satu struktur yang membina unit maklumat. Struktur maklumat
terbahagi kepada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Hallidy
dalam Mohd Rashid Md. Idris (2004) membahgikan maklumat kepada maklumat lama
dan maklumat baru. Prince pula membahagikan struktur maklumat kepada tiga ,
iaitu entiti lama (EL), entiti baru (EB) dan entiti tadbiran (ET).Perbincangan
ini akan menggunakan Model Sato Horobumi,
Maklumat lama sering ditandai
dengan kewujudan teks sebelumnya yang diulang kembali dalam konteks baru.
Selalunya terdapat tujuh petanda yang menunjukkan sesuatu maklumat lama.
Antaranya seperti kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengulangan,
kaedah pengulangan sebahagian, kaedah elipsis, kaedah leksikal dan kaedah
prafrasa. Sebagai contohnya dalam maklumat lama menggunakan kaedah perujukan
seperti ayat di bawah.
Ahmad dan Syukri bermain
bola setiap petang. Mereka bermain bola di pandang
UPSI.
|
Kata
ganti diri mereka dalam ayat di atas merujuk kepada Ahmad dan Syukri. Rujukan
ini menunjukkan maklumat lama.
Maklumat baru boleh difahami
sebagai maklumat tambahan kepada maklumat lama. Sato Hirobumi dalam Mohd Rashid
Md. Idris (2004) membahagikan maklumat baru kepada empat petanda iaitu maklumat
baru tambahan, maklumat baru konstratik, maklumat pemberitaan neutral dan
maklumat baru fokus. Sebagai contohnya dalam ayat di bawah:
ML
|
MD
|
Judul
|
Maklumat Tambahan
Konstuktif
|
Siti Nurhaliza
memenangi
|
Anugerah Bintang
Paling Popular
|
Ayat
di atas menunjukkan penggunaan maklumat tambahan konstruktur melalui klausa
memenangi Anugerah Bintang Paling Popular kerana maklumat tersebut merupakan
maklumat tambahan kepada judul, iaitu Siti Nurhaliza. Judul dikatakan maklumat
lama kerana Siti Nurhaliza sudah dikenali ramai sedangkan anugerah yang
didapatinya adalah maklumat tambahan yang baru diketahui.
Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid
Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang mencirikan klausa
sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema terbahagi kepada tema dan rema. Tema
boleh difahami sebagai fokus utama penceritaan. Selain itu, tema dapat difahami
sebagai subjet yang diterangkan sedangkan rema adalah predikat yang menerangkan
subjet. Hal ini boleh difahami melalui contoh di bawah:
Tema
|
Rema
|
Ali
|
Suka
makan kek
|
Ayat
di atas menunjukkan penggunaan tema dan rema. Tema dapat dilihat melalui
perkataan Ali kerana berfungsi sebagai subjek yang diterangkan sedangkan suka
makan kek pula merupakan tema kerana menerangkan predikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan