7 CIRI KONTEKSTUALAN
Wacana
adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan
penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi
dan juga konteks. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap dan paling
tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan
kesinambungan fikiran yang utuh. Wacana dianalisis oleh para pengkaji bahasa
kerana penggunaan wacana itu sendiri sangat penting dalam kehidupan manusia.
Wacana adalah konsep yang meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini
membuktikan bahawa wacana bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis
yang melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan komunikasi
lisan antara penutur dan pendengar.
Wacana merupakan satu rintangan
ujaran yang berkaitan antara satu sama lain mengikut urutan kalimat-kalimat.
Raminah Hj. Sabran dalam Mohd Rashid Idris (2004) menyatakan wacana ialah unit
bahasa yang melebihi batas ayat kerana boleh terdiri daripada bab, buku,
dialog, siri buku dan sebagainya yang diperlihatkan hubungan dan perkembangan
fikiran yang berurutan. Maksud wacana menduduki tempat tertinggi selepas
kedudukan ayat dalam hieraki bahasa. Menurut Henry Guntur Tarigan, wacana
adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas
kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan
yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau
tertulis. Setiap ayat, cerita, dialog mahupun buku perlu mempunyai awal dan akhir
iaitu dimulai dengan kesenyapan. Terdapat pelbagai ciri wacana dalam sesebuah
ujaran.
Ciri-ciri wacana dapat dikategorikan
kepada beberapa komponen. Pertama, wacana mempunyai koheren, iaitu pertautan
antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, satu perenggan dengan satu
perenggan yang lain dan satu idea dengan satu idea yang lain. Hal ini bermaksud
bahawa dalam sesebuah penulisan, idea-idea yang dikemukakan saling berkaitan
antara satu sama lain. Komponen yang kedua ialah kohesi. Kohesi merupakan kesepaduan
dalam penulisan. Seterusnya adalah tujuan dalam penggunaan wacana, seseorang
penulis harus mempunyai tujuan untuk menentukan jenis wacana yang hendak
digunakan. Komponen keempat ialah maklumat. Dalam setiap ayat harus mempunyai
maklumat yang baharu dan berpautan antara satu sama lain. Ciri yang seterusnya
ialah andaian dan inferens. Inferens akan memberikan maklumat baharu kepada
andaian yang dinyatakan dalam ayat seterusnya. Gaya juga merukuk kepada
ciri-ciri wacana yang meliputi gaya bahasa, sama ada rasmi ataupun tidak.
Komponen terakhir adalah memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logic
akal, selain tidak bertentangan antara maklumat dengan ayat sebelumnya.
Terdapat pelbagai pendapat tokoh
yang menyatakan ciri-ciri wacana. Pertama adalah pendapat daripada Nik Safiah
Karim (2008), dalam Tatabahasa Dewan membahagikan ciri wacana kepada dua iaitu
runtutan dan tautan. Mohd Rashid Md Idris (2004) pula membahagikan ciri wacana
kepada koheren, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan
inferens, gaya dan maklumat tidak berlawanan. Asmah Hj. Omar dalam satu artikel
menyatakan bahawa ciri wacana adalah bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau
klausa, teratur atau tersusun rapi berkesinambungan, kohesi lisan atau tulisan
awal dan akhir yang nyata. Jelasnya tujuh ciri kontekstualan adalah meliputi
tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.
![]() |
Rajah 1: Peta Pemikiran 7 Ciri Kontekstualan |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan