Sabtu, 21 April 2018

PENGENALAN


Mohamad Saiful Syahiran Nor, Norshahida A Rahman, Nurhafizah Sawah dan Nooradilla Rolanuar. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan Selamat Datang kami ucapkan kepada kalian. Blog ini dibina oleh kumpulan dua daripada Kumpulan A kursus BML3123 Analisis Wacana. Pembinaan blog ini adalah sebagai salah satu medium pembelajaran wacana bahasa Melayu terutama tujuh ciri ketestualan. Oleh itu, kami mengalu-alukan segala komen dan penambahbaikan daripada anda semua.

     Seperti yang telah diketahui, kajian analisis wacana atau ‘discourse analysis’ merupakan kajian yang sudah tidak asing dalam bidang lingusitik. Kajian dalam bidang ini merupakan kajian yang agak kompleks kerana wacana itu sendiri merupakan tingkat tatabahasa yang paling tinggi selepas ayat. Wacana ini merupakan sebuah teks yang utuh dan mempunyai makna yang lengkap. Bagi memahami ilmu tentang wacana dengan lebih mendalam, sila ‘terokai’ pengisian blog ini dengan baik. Skop blog kali ini akan tertumpu pada aspek pembelajaran tujuh ciri ketekstualan dalam wacana.

    Selain itu, bagi menghasilkan sebuah medium akademik yang terbaik, kami menjemput anda untuk memberi komen dan berkongsi pengetahuan anda tentang ilmu wacana ini. Hal ini sekaligus dapat menambah maklumat-maklumat terbaru dalam ilmu wacana.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada anda!